October 07, 2010

Ms. Elisa

2 comments:
yesterday > Bharian.com.my (06/10/2010)


18 National Action Show Gah F1
BH - Oct 6, 2010
PACE and the noise may not be as good as the Formula 1 (F1) true, but the competition `F1 In Schools World 'has its own greatness when brought together 25 teams from 18 countries.
All teams showed their prowess in the production of car design using balsa wood.
Participants also display skill in maintaining the engineering features on the car in front of the two engineers, through technical inspection.
Other aspects include the complete design of the exhibition space (pit stop) and provides a portfolio of 20 pages thick, is also taken into account.
A total of 25 panel of judges responsible for evaluating the performance and products of the participants at the sixth time the tournament was held at Ngee Ann Polytechnic, Singapore, recently.
This year, the F1 team from the School Raluca Dato Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan represent the country at the competition.
Valuable experience was more meaningful because the team was crowned champion for the fastest car category `knock-out '.
Design 1251 was recorded speed per second, defeated the combined forces of Australia and the United Arab Emirates is a registered Zer0.9 1332 times per second.
In addition to the champion title, the exhibition space Raluca F1 Team represented Haziq Asyraf Marzuki Mohamed Hussein Haro, Che Khalib and Danial Iman Wan Wan Arifin Faiq Amsyar placed as the best six out of 25 teams.
Raluca F1 Team Leader, Danial Iman, said participation in the `F1 In Schools' provides a lot of valuable knowledge and experience to members.
He said, participants learn new technology using CAD (Computer Aided Design) and CAM (Computer Aided Manufacturing) to design, analyze and produce the car.
CAD method allows participants to create and analyze the effectiveness of the F1 cars are real. Design was formed using CAM software before tested in a windy and smoky tunnel. The last challenge is that each team racing at the track during the 0:02 or 66 miles away.
Telling about the second race, Danial Iman representing his team to the final session of the race `knock-out ', said he was a big responsibility to provide fast response to ensure victory in favor of him.
"In` knock-out session ', the atmosphere vibrant with the spirit of fellow thrill applause. At that time I should be ready to react fast to accelerate the car earlier.
"I am pleased that thanks to hard efforts, we managed to record the fastest reaction time in the session of 1237 per second. Speed is brought victory to Pakistan with a speed of 1250 per second," he said.
Design engineer on the team, Haziq, said preparation for two years worth because they are exposed to the field range of knowledge and skills including design, analysis, aerodynamic testing, business and marketing plans and finding sponsors.
"It's not a simple task instead requires commitment, experience and communication skills are high so that we can perform well," he said, proud of the effort sponsored Tenaga Nasional Berhad, Airport Limousine, Tranz-i Technology and Alumi SDAR.
The competition this time saw an American Racing Unitus represented students from James Madison Middle School, Virginia, and Southeast High School, Florida, United States named as the winner enable them to take home the championship trophy Bernie Ecclestone and Motor Sport Engineering scholarships at City University, London .
INFO
Winners List
World Champion: Unitus Racing, United States
Second: Zer0.9, Australia / UAE team collaboration
Third: Aixtreme Racing, Germany
Car of Engineering: Basilisk Performance, Australia
Fastest Car: Aixtreme Racing, Germany
Best Group Identity: Schaeffler Hypersonic, Singapore
Special Award for Perseverance: Celeritas, South Africa
Special Award for Thought
Innovative: Aixtreme Racing, Germany
Special Awards Room
Best Exhibition: Govannon Racing, Ireland
Special Award for Best Marketing and Sponsorship: Unitus Racing, United States
Special Award for Best Combined Team: Zer0.9, Australia / UAE
Special Award for Sporting Spirit: Impulse, Dubai, UAE
Special Award for the Best Portfolio: Performance Basilisk, Australia
Special Award for Best Presentation: Dynamic, United Kingdom
Newcomer's Special Award: Impact, Saudi Arabia
Special Award for LG Moment of the Week: Zenith, Wales, United Kingdom
Special Award for Best Website: Qi, China


 


Original text :)


18 Negara Tunjuk Gah Aksi F1

BH - Oct 6, 2010
KELAJUAN dan kebisingannya mungkin tidak sehebat perlumbaan Formula 1 (F1) sebenar, tetapi Pertandingan Dunia `F1 In Schools' mempunyai kehebatannya tersendiri apabila berjaya mengumpulkan 25 pasukan dari 18 negara.

Semua pasukan menunjukkan kehebatan masing-masing dalam menghasilkan reka bentuk kereta menggunakan kayu balsa.

Peserta juga menampilkan kemahiran dalam mempertahankan ciri-ciri kejuruteraan yang ada pada kereta di depan dua jurutera, melalui pemeriksaan teknikal.

Aspek lain termasuk menyiapkan reka bentuk ruang pameran (pit stop) dan menyediakan portfolio setebal 20 muka surat juga diambil kira.

Seramai 25 panel juri bertanggungjawab menilai persembahan dan hasil ciptaan peserta pada pertandingan kali keenam itu yang berlangsung di Politeknik Ngee Ann, Singapura, baru-baru ini.

Tahun ini, pasukan Raluca F1 dari Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan mewakili negara pada pertandingan itu.

Pengalaman berharga itu lebih bermakna kerana pasukan itu dinobatkan sebagai juara bagi kereta terpantas kategori `knock-out'.

Rekaan itu mencatat kelajuan 1.251 persaat, mengalahkan pasukan gabungan Australia dan Emiriah Arab Bersatu iaitu Zer0.9 yang mencatat masa 1.332 persaat.

Selain bergelar juara, ruang pameran Pasukan Raluca F1 yang diwakili Haziq Asyraf Marzuki, Mohamed Hussein Haro, Danial Iman Che Khalib dan Wan Faiq Amsyar Wan Arifin diletakkan sebagai enam terbaik daripada 25 pasukan.

Ketua Pasukan Raluca F1, Danial Iman, berkata penyertaan dalam `F1 In Schools' memberi banyak pengetahuan dan pengalaman berharga kepada ahli.

Katanya, peserta mempelajari teknologi baru menggunakan perisian CAD (Computer Aided Design) dan CAM (Computer Aided Manufacturing) untuk mereka bentuk, menganalisis dan menghasilkan kereta.

Kaedah CAD membolehkan peserta mencipta kereta F1 dan menganalisis keberkesanannya secara maya. Rekaan itu dibentuk menggunakan perisian CAM sebelum diuji dalam terowong berangin dan berasap. Cabaran terakhir ialah perlumbaan setiap pasukan di atas trek sepanjang 0.02 kilometer atau 66 kaki.

Menceritakan mengenai detik perlumbaan, Danial Iman yang mewakili pasukannya ke peringkat akhir sesi perlumbaan `knock-out', berkata dia memikul tanggungjawab besar untuk memberikan reaksi terpantas bagi memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

"Pada sesi `knock-out', suasana meriah dengan tepukan semangat rakan senegara mencemaskan. Pada saat itu saya perlu bersedia memberikan reaksi terpantas supaya kereta memecut lebih awal.

"Saya bersyukur kerana berkat usaha keras, kami berjaya mencatat masa reaksi terpantas pada sesi berkenaan iaitu 1.237 persaat. Kepantasan ini membawa kemenangan kepada Malaysia dengan kelajuan 1.250 persaat," katanya.

Jurutera Reka Bentuk pasukan berkenaan, Haziq, berkata persiapan dua tahun berbaloi kerana mereka didedahkan dengan pel bagai pengetahuan dan kemahiran antaranya mereka bentuk, membuat analisis, menguji aerodinamik, rancangan perniagaan dan pemasaran serta mencari penaja.

"Ia bukan tugas mudah sebaliknya memerlukan komitmen, pengalaman dan kemahiran berkomunikasi yang tinggi supaya kita dapat membuat persembahan dengan baik," katanya yang berbangga usaha berkenaan mendapat tajaan Tenaga Nasional Berhad, Airport Limosin, Tranz-i Technology dan Alumi SDAR.

Pertandingan kali ini menyaksikan Unitus Racing dari Amerika Syarikat yang diwakili pelajar dari James Madison Middle School, Virginia dan Southeast High School, Florida, Amerika Syarikat dinobatkan sebagai juara membolehkan mereka membawa pulang piala pusingan Bernie Ecclestone dan biasiswa dalam Kejuruteraan Sukan Permotoran di City University, London.

INFO

Senarai Pemenang

Juara Dunia: Unitus Racing, Amerika Syarikat

Kedua: Zer0.9, Australia/UAE collaboration team

Ketiga: Aixtreme Racing, Jerman

Kereta Terbaik Kejuruteraan: Basilisk Performance, Australia

Kereta Terpantas: Aixtreme Racing, Jerman

Identiti Kumpulan Terbaik: Schaeffler Hypersonic, Singapura

Anugerah Khas Ketekunan: Celeritas, Afrika Selatan

Anugerah Khas Pemikiran

Inovatif: Aixtreme Racing, Jerman

Anugerah Khas Ruang

Pameran Terbaik: Govannon Racing, Ireland

Anugerah Khas Pemasaran dan Penajaan Terbaik: Unitus Racing, Amerika Syarikat

Anugerah Khas Pasukan Gabungan Terbaik: Zer0.9, Australia/UAE

Anugerah Khas Semangat Kesukanan: Impulse, Dubai, UAE

Anugerah Khas Portfolio Terbaik: Basilisk Performance, Australia

Anugerah Khas Pembentangan Terbaik: Dynamic, United Kingdom

Anugerah Khas Pendatang Baru: Impact, Saudi Arabia

Anugerah Khas LG Moment of the Week: Zenith, Wales, United Kingdom

Anugerah Khas Laman Web Terbaik: Qi, China


 credits to ; News Strait Times
(picture and text )





      p/s ; i don't own anything ^^


special translated text for Ms. Elisa Gittinger and picture for Jess ;)